Majlis Pernikahan dan Persandingan Norlina Rabiah binti Ibrahim dengan Qhairul Annas bin Abdul Gani








10.10.2015

Alhamdulillah. Dengan sekali lafaz, anak perempuan kepada Pengerusi MACMA Bintulu iaitu Norlina Rabiah binti Ibrahim telah sah menjadi isteri kepada pasangannya Qhairul Annas bin Abdul Gani. 

Majlis Akad Nikah telah berlangsung di Parkcity Everly Hotel Bintulu pada jam 9.30 pagi diwalikan oleh wakil wali, Ustaz Azhar dari Jabatan Agama Islam Bintulu Sarawak. Majlis Persandingan diteruskan pada jam 7.30 malam dengan kehadiran jemputan-jemputan VVIP seperti Dato' Seri Tiong King Sing, Datuk Dr Wong Aik Luong (Chairman of Federation of Chinese Association) dan Haji Muhammad Yakub Kari (Residen Bahagian Bintulu). Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran jemputan daripada sanak saudara dari Sibu, Miri, Kuching dan sahabat dari Semenanjung seperti Kuala Lumpur dan Selangor. Terima kasih juga kepada Kumpula Nasyid Iddiani kerana memeriahkan Majlis Persandingan dengan nyanyian Nasyid kepada para tetamu.

Bacaan doa dalam bahasa Inggeris, bahasa Malaysia dan bahasa Cina oleh Ustaz Wahab Ling dari Jabatan Agama Islam Sarawak, Kuching. 

Firman Allah:
وَأَنْكِحُوا الأيَامَى مِنْكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِنْ يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ 

Artinya: dan kawinkanlah orang-orang yang sedirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha mengetahui.

Annas & Norlina - Jodoh Berdua from xdvisual on Vimeo.

No comments:

Post a Comment