Solat berjemaah Maghrib dan Isyak



8 November 2012

Solat berjemaah Maghrib dan Isyak serta tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Lofti diadakan di Surau Nur Islam Bintulu. Program turut disertai dengan tahlil. 


Selamat Hari Raya Aidiladha 2012


27 Oktober 2012

Hari Raya Qurban dijalankan di Surau Nur Islam Macma  Bintulu. 

Sapi-sapi milik Macma Cawangan Bintulu disembelih oleh Ustaz Mukaram. Sapi yang diderma oleh Datuk Seri Tiong King Sing dan disembelih oleh ustaz di Masjid Assyakirin.

Nama-nama yang diqurban :
1. Mohd Zyed bin Ibrahim
2. Zulfikar bin Ibrahim
3. Ryan El Zhariff bin Krismas
4. Dyg Casandra Asmalia binti Saidi
5. Jessi Afiqa binti Saidi
6. Johari bin Abdullah
7. Ishak bin Yahuda




Kemudian, kedua-dua sapi diangkut ke Surau Nur Islam Macma Bintulu untuk dipotong dan dibahagi kepada orang kurang kemampuan di Kampung Samalaju, Ibu-ibu tunggal di Sungai Plan, Orang Kurang Upaya di Perpikat Bintulu dan PTK. Program ini turut dibantu oleh AJK Macma cawangan Bintulu dan ahli serta Ustaz  dan Ustazah dan ahli-ahli BIC.


Sebahagian sapi dimasak untuk jamuan tengahari bagi golongan yang saling membantu sempena Hari Raya Aidiladha di Surau Nur Islam Macma.




Jamuan 


Sebahagian daging qurban diagihkan kepada Perpikat Centre Bintulu pada 29.10.12




___________________________________________________________


PEMBELIAN LEMBU UNTUK RAYA QURBAN


25 Oktober 2012

Persatuan Cina Muslim Cawangan Bintulu diwakili oleh Pengerusi Macma Cawangan Bintulu untuk membeli seekor lembu di PPES Ternak Sdn Bhd, Miri untuk Raya Qurban yang bakal menjelang. Dato Seri Tiong King Sing turut memberi sumbangan dengan menyumbangkan seekor lagi lembu dan pengambilan bertempat di Ladang Tiga. 



Kelas Iqra Sesi Ke2



Kelas Iqra Sesi Ke2 telah bermula pada 21 Oktober 2012 di Surau Nur Islam MACMA Bintulu. Tenaga pengajar ialah Ustaz Salman Khan dari Macma Kuching yang mengendalikan kelas Iqra tersebut. Kelas Iqra diterjemah dalam bahasa Cina untuk memudahkan ahli Macma yang keturunan Cina memahami pengajaran dalam kelas Iqra.

Solat berjemaah Maghrib dan Isyak



18 Oktober 2012

Solat Maghrib dan Isyak serta tazkirah telah diadakan di Surau Nur Islam MACMA Bintulu.

Solat berjemaah Maghrib dan Isyak




11 Oktober 2012

Solat berjemaah Maghrib dan Isyak serta tazkirah telah diadakan di Surau Nur Islam MACMA Bintulu.

Mesyuarat Bulanan MACMA Cawangan Bintulu

Tarikh : 7 Oktober 2012
Tempat : Surau Nur Islam MACMA Bintulu

Mesyuarat bulanan telah dikendali oleh Puan Hajjah Norhayati Abdullah Lau yang turut disertai oleh ahli jawatankuasa MACMA cawangan Bintulu. 


Agenda :

1. Membincang mengenai Hari Qurban yang bakal berlangsung. 

Seminar Pengurusan Harta Pusaka

4 Oktober 2012

Pengerusi MACMA, Puan Hajjah Norhayati Abdullah Lau telah menghadiri Seminar Pengurusan Harta Pusaka yang dianjur oleh IIC Kuching dan Baharis, Bintulu di Auditorium, Bintulu Development Authority. Tentatif program bermula dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Solat berjemaah Maghrib dan Isyak


27 September 2012

Solat berjemaah Maghrib dan Isyak serta tazkirah telah diadakan di Surau Nur Islam MACMA Bintulu.

Nabi saw. bersabda, "Solat berjama'ah itu lebih afdhal(baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat". (HR Bukhari dan Muslim)


Majlis Ramah Mesra Aidilfitri 1433H

21 September 2012

MACMA Bintulu Branch together with other Islamic agencies and goverment departments joined the Majlis Ramah Mesra Aidilfitri which was organised by JAIS Bintulu. Guest of honour was YB Datuk Haji Talib Zulpilip.

Solat berjemaah Maghrib dan Isyak di Masjid Hidayah Sempena Majlis Ramah Tamah Hari Raya




8 September 2012

MACMA cawangan Bintulu juga melibatkan diri dalam membuka gerai makanan Majlis Ramah Tamah yang dianjur oleh Masjid Darul Hidayah Bintulu.

Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 1433H at Dewan Martabat Bintulu anjuran Pejabat Residen Bahagian Bintulu



4 September 2012

The guest of honour were Chief Minister of Sarawak, YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud & wife Pn. Sri Ragad Kurdi Taib, Datuk Fatimah Abdullah and other political parties. As for Macma Bintulu Branch was attended by Pn. Hajjah Norhayati Abdullah Lau, En. Mohd. Firdaus Lau Abdullah, and Pn. Saerah Sia bt Abdullah.