Selamat Hari Raya Aidiladha 2012


27 Oktober 2012

Hari Raya Qurban dijalankan di Surau Nur Islam Macma  Bintulu. 

Sapi-sapi milik Macma Cawangan Bintulu disembelih oleh Ustaz Mukaram. Sapi yang diderma oleh Datuk Seri Tiong King Sing dan disembelih oleh ustaz di Masjid Assyakirin.

Nama-nama yang diqurban :
1. Mohd Zyed bin Ibrahim
2. Zulfikar bin Ibrahim
3. Ryan El Zhariff bin Krismas
4. Dyg Casandra Asmalia binti Saidi
5. Jessi Afiqa binti Saidi
6. Johari bin Abdullah
7. Ishak bin Yahuda




Kemudian, kedua-dua sapi diangkut ke Surau Nur Islam Macma Bintulu untuk dipotong dan dibahagi kepada orang kurang kemampuan di Kampung Samalaju, Ibu-ibu tunggal di Sungai Plan, Orang Kurang Upaya di Perpikat Bintulu dan PTK. Program ini turut dibantu oleh AJK Macma cawangan Bintulu dan ahli serta Ustaz  dan Ustazah dan ahli-ahli BIC.


Sebahagian sapi dimasak untuk jamuan tengahari bagi golongan yang saling membantu sempena Hari Raya Aidiladha di Surau Nur Islam Macma.




Jamuan 


Sebahagian daging qurban diagihkan kepada Perpikat Centre Bintulu pada 29.10.12




___________________________________________________________


PEMBELIAN LEMBU UNTUK RAYA QURBAN


25 Oktober 2012

Persatuan Cina Muslim Cawangan Bintulu diwakili oleh Pengerusi Macma Cawangan Bintulu untuk membeli seekor lembu di PPES Ternak Sdn Bhd, Miri untuk Raya Qurban yang bakal menjelang. Dato Seri Tiong King Sing turut memberi sumbangan dengan menyumbangkan seekor lagi lembu dan pengambilan bertempat di Ladang Tiga. 



No comments:

Post a Comment