4 Mac 2013
Seminar Cintai Keluarga Kekal Bahagia anjuran Majlis Pembangunan Social , Kementerian Pembangunan Sosial Sarawak dengan kerjasama Pejabat Residen Bintulu. Majlis penutupan disempurnakan oleh Tuan Haji Muhamad Yakup bin Kari, Residen Bahagian Bintulu. :Puan Hajjah Norhayati selaku Pengerusi Macma Cawangan Bintulu menghadiri program tersebut.
Objektif-objektif :
- Berkongsi maklumat hasil penemuan dan dapatan Kajian Perceraian di Sarawak : Tinjauan Tentang Profil, Punca dan Kesannya ;
- Memberi Suntikan semangat kepada peserta agar bersikap lebih bijaksana dan terurus terutama dalam pengurusan diri dan anak-anak apabila berdepan dengan permasalahan rumahtangga dan konflik perceraian;
- Menerapkan kesedaran terhadap peranan suami dan isteri, dan kemahiran keibubapaan; dan
- Memberi pengetahuan kepada umum tentang wujudnya badan sokongan keluarga serta peranan mereka dalam membantu menangani kemelut dan permasalahan keluarga.
Pembentangan Kertas Kerja 1 : 'Kajian Perceraian di Sarawak : Tinjauan Tentang Profil, Punca dan Kesannya' dibentang oleh YBhg. Dr. Abdul Razak Abdul Kadir, Universiti Teknologi MARA Sarawak Kampus Samarahan.
Pembentangan Kertas Kerja 2 : '..Till Death Do Us Apart' dibentang oleh Head Elder Ambrose Linang, Persatuan Gereja-gereja Sarawak.
Pembentangan Kertas Kerja 3 : 'Program Smart Start " Persediaan Ke Alam Perkahwinan' dibentang oleh Encik Fairul Desa, Pegawai Penerangan Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara.
Pembentangam Kertas Kerja 4 : 'Peranan dan Fungsi Unit Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak.' dibentang oleh Tuan Hj. Najarudin bin Hj. Nedri, Hakim Syarie, Mahkamah Rendah Syariah Bintulu.
Pembentangan Kertas Kerja 5 : 'Mak,,Ayah, jangan jadikan kami mangsa perceraian' dibentang oleh Puan Wan Juliana binti Wan Mohd Zain, PKHEM SMK Kidurong.
Pembentangam Kertas Kerja 4 : 'Peranan dan Fungsi Unit Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak.' dibentang oleh Tuan Hj. Najarudin bin Hj. Nedri, Hakim Syarie, Mahkamah Rendah Syariah Bintulu.
Pembentangan Kertas Kerja 5 : 'Mak,,Ayah, jangan jadikan kami mangsa perceraian' dibentang oleh Puan Wan Juliana binti Wan Mohd Zain, PKHEM SMK Kidurong.
_______________________________________________________________
3 Mac 2013
Kelas Iqra dan solat berjemaah Zuhur serta diikuti dengan bacaan Yassin dan tazkirah dikendalikan oleh Ustaz Salman Khan dari Kuching di Surau Nur Islam Macma Bintulu.
No comments:
Post a Comment