Program Ziarah Dakwah






Seramai 30 sukarelawan dari pelbagai lapisan masyarakat terlibat dalam aktiviti amal Program Ziarah Dakwah anjuran Bintulu Iqra' Centre (BIC) dengan kerjasama Koperasi Amal Bintulu Berhad di kampung Hulu Nyalau di Bintulu. Sumbangan itu merupakan hasil tajaan daripada pelbagai pihak yang prihatin di Bintulu yang melibatkan Persatuan Cina Muslim(MACMA) cawangan Bintulu dan Yayasan Amal Sarawak. Pengerusi MACMA Cawangan Bintulu membuat sumbangan peribadi.
BIC dan Ko-Amal , MACMA cawangan Bintulu dan Yayasan Amal Sarawak turut adakan solat maghrib dan isyak berjemaah di masjid kampung hulu nyalau. Takzirah ringkas oleh Pengerusi BIC Ustaz Ahmad Muzakkir Ahmad Syukri dan diikuti dengan persembahan qasidah oleh para pelajar Institut Tahfiz Bintulu (ITB)

No comments:

Post a Comment