Karnival Usahawan Desa Peringkat Negeri Sarawak 2016


15 April 2016 - 17 April 2016

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)  menganjurkan Karnival Usahawan Desa (KUD) Peringkat Negeri Sarawak 2016 dari 15 hingga 17 April di Tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu.

Majlis perasmian KUD itu disempurna oleh YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan bagi mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem. 

Penganjuran karnival itu mendpat kerjasama Unit Pembangunan Usahawan dan Industri Halal (UPUIH) Jabatan Ketua Menteri Sarawak, Pejabat Residen Bahagian Bintulu, Pejabat Daerah Bintulu dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA).

Objektif utama penganjuran KUD itu ialah memperkenal, mempromosi dan memartabatkan peroduk keluaran usahawan luar bandar, untuk memasarkan produk, menggalak penduduk luar bandar menceburi bidang usahawan peringkat desa dan membangun modal insan.

Antara program yang menarik ialah Eksplorasi Niaga bersama Dr Irfan Khairi, Forum Perdana bersama Ustaz Dr. Mohd Izhar Ariff selaku Personaliti TV dan SS Datu Haji Kipli Haji Yassin selaku Mufti Sarawak, Artis Jemputan iaitu Nassier Wahab bagi memeriahkan pertandingan bertandak dan persembahan kebudayaan serta Demostrasi Masakan oleh Dato' Fazley Yaakob, Masterchef Malaysia. 

Sesi bergambar bersama Dato' Fazley Yaakob

No comments:

Post a Comment