PEMBERSIHAN DAN PENUTUPAN SURAU NUR ISLAM MACMA
- Berdasarkan kepada situasi terkini wabak COVID-19 yang semakin kritikal susulan gelombang kedua penularan selepas penemuan positif dalam kalangan 16,000 jemaah yang menghadiri program di Masjid Sri Petaling Kuala Lumpur baru-baru ini, Muzakarah berpandangan semua aktiviti masjid dan surau termasuk solat jemaah dan solat Jumaat ditangguhkan untuk 10 hari bermula 17 Mac 2020 sehingga 26 Mac 2020.
- Dalam tempoh tersebut, semua masjid dan surau dinasihatkan untuk membuat operasi pembersihan dan penyahkuman sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan jangkitan.
- Oleh itu, Surau Nur Islam MACMA Bintulu akan ditutup bermula 17 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020. Sebarang makluman akan diberitahu dari semasa ke semasa
No comments:
Post a Comment