Majlis Keraian dan berbuka puasa bersama Saudara Kita, USK, Macma Cawangan Bintulu dan Pejabat Agama Islam Bahagian Bintulu.




24 Julai 2013

Program berbuka puasa dijalankan di bilik mesyuarat, Pejabat Agama Islam Bintulu. Tentatif program adalah seperti zikir munajat, majlis berbuka puasa (makan ringan), solat berjemaah maghrib, makan malam, tazkirah ramadhan disampaikan oleh Ustaz Sulaiman, solat berjemaah Isyak dan  diikuti dengan solat terawih dan penyampaian sumbangan Ramadan. Hajjah Norhayati Abdullah Lau, Siti Khatijah Chen Abdullah dan Khodijah Sahol Hamid bersama-sama memberi sumbangan hamper sebanyak 5 bungkusan kepada Nurul Shafiqah binti Zamry, Mordiah binti bakar, Mohd Shukri Tan Abdullah, Nuq Aiman Tay Ah Chook dan Kuzannah binti Mohamin Kuan.



________________________________________________________



Program Sumbangan Majlis Islam Sarawak kepada Masjid dan Surau bahagian Bintulu 1434H/2013M

Tarikh : 21 Julai 2013 / 12 Ramadhan 1434H
Tempat : Masjid Assyakirin Bintulu


Surau Nur Islam MACMA Bintulu telah menerima sumbangan sebanyak RM1000 daripada  Datuk Haji Daud bin Abdul Rahman bagi pihak Tabung Baitulmal Majlis Islam Sarawak.



Program Berbuka Puasa dan Majlis Tahlil

Program Berbuka puasa dan Majlis Tahlil telah berlangsung pada malam Jumaat, 18 Julai 2013 di Surau Nur Islam Macma Bintulu. Segala juadah untuk berbuka puasa telah disumbangkan oleh Puan Hajjah Norhayati Abdullah Lau dan suaminya.

No comments:

Post a Comment