Program Berbuka Puasa dan Safari Ramadan


 Menerima sumbangan daripada MLNG Sdn Bhd sebanyak RM1000


Bacaan Yassin



Penyerahan sumbangan kepada anakanak yatim


Solat berjemaah Maghrib dan Isyak serta solat terawiih


Sebagai tanda penghargaan kepada kedua-dua Ustaz atas mengetuai bacaan Yassin serta jadi Imam kepada solat terawih. 


Tuan Residen,Tuan Haji Muhamad Yakub Kari  serta Pengerusi Surau Nur Islam Macma, Hajjah Norhayati Abdullah Lau menyerahkan duit raya kepada kanak-kanak.


2 Ogos 2013

Syukur kepada hadrat Ilahi, Program Safari Ramadan sekali lagi dijalankan di Surau Nur Islam MACMA Bintulu bagi tahun 2013. Program dimulakan dengan berbuka puasa, seterusnya solat berjemaah Maghrib dan Isyak serta bacaan tahlil kepada arwah Ustaz Ibrahim Hailee, Penolong Pengarah JAKIM negeri Sarawak,  Harliani Hanani, Halimah Hamrie, dan Qurratu Aini Rolfandy selaku Pembantu Hal Ehwal Islam. Majlis diikuti dengan solat terawih. Pengerusi dan AJK Surau Nur Islam serta Tabung Haji Bintulu menyumbangkan 30 bungkusan hamper kepada anak-anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya dan kurang mampu. Datuk Seri Tiong King Sing menyumbangkan RM1000 untuk Program Berbuka Puasa. Pemilik 'Cake World' turut menyumbangkan untuk Program Berbuka Puasa. 




No comments:

Post a Comment